menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, August 10, 2011

saya bukan sesiapa didunia ini...saya adalah saya...

 

satu…
dua…
tiga...

kenyataannya saya masih bukan sesiapa di dalam dunia realiti ataupun maya…menjalani kehidupan yang biasa dan menikmati setiap inci kehidupan dari sudut pandangan saya yang mahukan sesuatu yang berharga setiap kali nafas dihela…itu memang saya…dan yang saya tahu, aper pun yang mendatang dalam hidup saya…saya masih lagi mahu ceria…
sentiasa…

saya manusia yang suka berjumpa dengan orang lain walaupun dari segi fizikal, ader sesetengah manusia yang tidak boleh menerima kewujudan saya berada di antara mereka…itu fakta yang saya sedari sejak di bangku sekolah lagi…kumpulan yang cantik, menarik dan kacak akan berada di satu kawasan…kumpulan yang cerdik, bijak dan pandai…kumpulan mengikut kawasan masing-masing dan saya tidak tahu untuk berada didalam kumpulan yang mana…

yer, memang saya tidak tahu…
dan saya memilih untuk menjadik manusia bebas yang tidak mempunyai puak tertentu… kadang-kadang si cantik memerlukan manusia seperti saya untuk dijadik kan bahan ketawa ataupun sekadar suka-suka disebabkan ahli mereka berkurangan…kadangkala yang pandai, bijak bestari memerlukan saya yang lemah serba serbi untuk dijadik kan bahan uji kaji…
noktah…


bila selalu sangat mendengar komen yang saya ini gemuk, tidak menarik, kurang bijak, lemah, dan pelbagai lagi unsur yang kurang senang untuk didengar, saya sudah lali dan semakin kuat tersenyum dan kadangkala ketawa apabila dikata-kata…entahlah, dan saya tahu ia semakin menjadik kan saya sebagai manusia…masih terlampau biasa dan selalu berlaku kesilapan jugak…

arca kehidupan…
dunia saya yang lesu saya warnakan dengan setiap ukiran senyuman yang membahagiakan…tatkala orang menyatakan penat, saya dengan lagak riang gembira akan meneruskan aper yang diusaha kan…yer, arca kehidupan itu adalah tujuan saya…matlamat tidak menghalalkan cara dan itu yang saya sematkan dalam kepala…sendu dan tawa adalah perhiasan lukisan dan penyuntik warna arca…

dan, anak naif ini masih lagi di sini…meneruskan kehidupan seperti yang dimahukan…masih bukan lagi sesiapa yang penuh dengan pangkat, kuasa dan kedudukan teratas yang dipandang mulia oleh sesiapa…

realiti…
anak sulung daripada dua orang adik beradik…
gadis yang mempunyai tubuh yang sempurna kurniaan Allah tetapi kekurangan fizikal dari kaca mata manusia…
mengimpikan menyambung pengajian PhD…
seorang pensyarah muda yang menyukai segala benda dalam hidupnya…

maya…
manusia ini bukan sesiapa…
beku dan tanpa warna…

kini manusia ini bangun dengan semangat yang menjulang tinggi…
tidak mahu lagi dijadik kan bahan ketawa seperti dahulu…
tidak mahu lagi dijadik kan bahan ujikaji seperti dahulu…
sekarang manusia ini sudah mampu untuk berdiri sendiri…
sudah hampir berjaya mencapai setiap impian yang diidamkan nya…

No comments:

Post a Comment