menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, August 1, 2011

itu lah harga yang patut dibayar...


dalam hidup, tidak semua yang saya mahukan akan menjadik milik saya…selalunya, aper yang diidamkan adalah sesuatu yang sukar didapati dan memerlukan usaha yang berlipat kali ganda…

bagi yang masih setia meneruskan perjuangan, tahniah diucapkan…
buat yang mengalah sebelum memulakan langkah....terima kasih hanya kerana mampu bersuara gah…
bagaimanapun…yang berjuang tapi kecundang, terima kasih kerana membanting tulang…
itu yang mungkin diri saya mahu ucapkan buat kalian, si pemilik tubuh…

yer…
dalam hidup ini, aper yang paling penting bukanlah berapa lama kita hidup, tetapi berapa bermaknakah hidup kita…kalau hidup kita panjang tetapi tidak berguna, pastinya tidak ader sesuatu pun yang mahu dikenangkan bukan…ternyata, memilih kesenangan bukanlah sesuatu yang mudah - bahkan barangkali menempah ranjau yang tidak berkesudahan…

hidup kan ader sentiasa naik turun…
macam pasaran saham…
macam roda…
macam harga minyak, harga ayam, harga sayuran dan sebagainya…
dan juga mungkin berat badan…

sentiasa ader perumpamaan…sentiasa ader jalan untuk menyelesaikan segala masalah… aper salahnya bukakan minda dan telan sedikit kepahitan agar aper yang di rasa kan dihujungnya adalah kemanisan sebuah kehidupan???...

“ dalam kesibukan dunia, susahkah mahu berhenti sebentar dan bertanyakan khabar???... kesombongan itu ader bayarannya…mungkin bukan hari ini, tetapi akan dating…tiada siapa yang tahu…

No comments:

Post a Comment