menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, August 15, 2011

kenapa kadangkala kita benci mimpi...

  
setiap orang bermimpi…
mempunyai impian yang kadangkala kita sendiri tidak dapat pastikan hinggalah kita terjaga dari tidur dan cuba menggapainya, ia hilang begitu sahaja…yer, hidup ini memang aneh dan menyimpan pelbagai persoalan…kita yang perlu merungkainya walaupun acapkali kita bertindak menjauhkan diri dengan alasan - sakit kecewa itu bukan sedikit atau ringan tanggungannya…

kita dihidangkan dengan sajian penuh nikmat daripada dapur yang dikatakan lazat…
kita hidu bau aroma hidangan dengan penuh semangat…
tapi, bila saat mahu mencuba, kita liat…
kita takut hidup jadik tidak sempurna…

satu tahap dalam kehidupan kita, pastinya kita mengharapkan mimpi-mimpi yang datang dalam lena kita menjadi kenyataan…sudah tentunya, mimpi itu mimpi yang baik…mimpi yang membuatkan kita terjaga dari tidur dengan senyuman penuh di wajah walaupun kurang lima minit selepas itu kita mula mengukir wajah duka…benda yang kita harapkan menjadik realiti rupanya fantasi akibat hormon yang saling berperang tatkala kita kepenatan seharian dan terlena sendirian…

dan, kita terjaga hanya untuk menyedari perbualan penuh bahagia itu hanya satu cebisan mimpi yang menyentak tidur dari terus berpanjangan…penggera berbunyi mematikan lamunan dan muka diraup – meninggalkan tempat tidur sambil terkenangkan mimpi sewaktu mengosongkan fikiran yang letih bekerja sepanjang hari sebelumnya… 

kita layak bermimpi…setiap orang layak punya impian masing-masing…setiap dari kita mengimpikan sesuatu yang baik dalam hidup…aper yang kita perlukan untuk mengejar mimpi dan impian tersebut???...kita perlu memahami aper kah sebenarnya impian tersebut dan bekerja keras untuk mendapatkannya…ingat satu benda iaitu selagi kita percaya bahawa tiada benda yang mustahil, kita akan berjaya…

salahkah kita untuk bermimpi???...
tidak…

impian kita ibarat mimpi indah yang kita mahukan dalam menyempurnakan hidup kita… impian itu bagaikan bintang yang walaupun kelihatan mustahil untuk kita sentuh dan pegang, tetapi jika kita mengikutinya dan kekal berada di landasan yang betul…tidak mustahil kita akan berjaya menggapainya…

dan saya mungkin sedang bermimpi saat ini…
satu pinta saya, jangan kejutkan saya dari mimpi ini…ia mungkin akan jadik pengakhiran yang bukan seperti yang diidam kan…
aneh, saya masih suka mimpi siang hari…
ketawa geli hati...

“ sesuatu yang sangat menarik mengenai mimpi adalah ia sebenarnya satu sempadan antara lena dan jaga, dan kita kadangkala tidak dapat mengasingkan antara realiti dan fantasi dan kita tidak tahu sama itu adalah sekadar mimpi atau sebaliknya hingga kita tersedar dan lihat mana sebenarnya kita berada “

No comments:

Post a Comment