menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, August 21, 2011

sayang...kenapa cinta kan saya...

 
sayang kenapa cintakan saya???...

bila ditanya dengan soalan “sayang kenapa cintakan saya???”…sukar untuk menyatakan jawapan dalam ayat yang mudah…tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menjelaskan kenapa rasa cinta ini wujud…

yang boleh dijawab, tidak tahu hendak memberi jawapan kenapa menyintai dan terus menyintai…


jika pada masa mula jatuh cinta, jawapan mungkin mudah…jatuh cinta pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada aper jua yang menarik yang sebabkan tertarik…hati sentiasa ingat, makan tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah… semua itu dirasa bila mula bercinta…

namun seperti mana perkara-perkara yang wujud dalam kehidupan, cinta akan menjadik dewasa…selaras dengan masa dan selaras dengan matangnya hubungan…

semakin lama percintaan, semakin bertambah perkara-perkara dalam kehidupan dikongsikan bersama…mula pada awalnya mungkin perkara-perkara mudah…berkongsi bayar makan dan minum, berkongsi cerita…lama kelamaan hampir semua perkara dikongsikan bersama selaras dengan dewasanya cinta…

kehidupan mkamu adalah kehidupan saya, kehidupan saya adalah kehidupan kamu, ia menjadik kehidupan kita…

cinta kini menjadik kehidupan…pengkongsian kehidupan dua insan lelaki dan wanita, adalah percintaan…usaha untuk memberi dan menerima, usaha untuk mengalah atau mengambil jalan tengah, usaha berunding, merajuk dan luahan perasaan…semua itu adalah percintaan…

kenyataannya…tiada yang sama antara dua insan, lelaki dan wanita…dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan, perasaan, permikiran, sikap, semuanya berbeza…
yang sama hanyalah cinta…cinta yang menjadik pengikat…dua insan lelaki dan wanita yang saling berbeza…pengikat itu adalah pemahaman bahawa dua insan bercinta lelaki dan wanita, adalah dua insan yang berlainan dan berbeza…kekuatan ikatan adalah sikap saling hormat menghormati atas pemahaman itu…

untuk jawapan kepada “sayang kenapa cintakan saya???...”

lihatlah mata saya, nampaklah diri kamu…sentuhlah hati saya, disitulah diri kamu…lihat hidup saya itulah hidupkamu…

dan tentunya…

“ saya cinta kan kamu “


No comments:

Post a Comment