kalau lah ader mesin masa dalam kehidupan nyata ini, pastinya manusia akan gunakan sehingga melebihi had sama seperti sesetengahnya menggunakan mukabuku…akan dengan tidak sabar (serta tamak) mahu melihat aper akan terjadik pada masa akan datang ataupun kembali ke zaman silam semata-mata untuk mendapatkan kembali aper yang sudah terlepas dari genggaman…


tetapi, itu kalau kita di pihak yang merasai kegagalan yang amat sangat…
kita di sebelah tembok yang menahan kesakitan bagaikan ditembak…
kita di bahagian yang menadah diri dengan tikaman bertubi kenyataan kejam…
itu kalau kita di situ…
tetapi bagaimana di pihak yang mungkin merasa kesal akan perbuatan mereka???...
mungkinkah ader pihak yang merasa kesal dengan perbuatan mereka mengkhianati percintaan dan memusnahkan harapan di sebelah pihak lagi???...terdapat jugak kemungkinan tidur malam mereka dihantui oleh bagaimana mereka didendami sehingga menjadik mata panda tidak dapat tidur akibat dosa silam yang menghantui…kita tidak dapat menolak kemungkinan begini walaupun sesetengah daripada kita akan menyatakan "padan muka" sebab pernah mengecewakan hati manusia lain…
masa untuk carik ketenangan dan duduk perhatian gelagat manusia di dunia sebelah sana… menyelami dasar perkara yang lebih menghiburkan jiwa daripada menghadapi manusia yang dahagakan sesuatu yang tidak dapat disajikan demi satu kepuasan yang berlebihan…tidak…bukan saya bukan pramusaji segala benda enak dalam dunia…kamu terasa, kamu makan dalam sendiri…saya tidak mampu buat aper – aper…
kalau kamu membebel lagi dengan diri sendiri demi mahu mencarik mesin masa dan kembali ke masa lalu atau pun ke masa hadapan, tanya balik kepada diri sendiri beberapa perkara berikut :
- aper yang mahu dilakukan???...
- kalau itu satu-satunya saat bahagia, aper kah mahu dihentikan senyuman dan cipta satu kenangan???...
- kalau saat itu masa berduka, aper kah mahu dimatikan waktu baik pada masa sekarang???...
- aper kah dengan melihat benda demikian akan memberikan yang terbaik buat diri???...
kalau kamu dapat jawab semua soalan dengan baik sekalipun, saya hanya mahu beritahu satu perkara…
kita TIADA mesin masa…
TIADA…
“ melepaskan seseorang atau sesuatu itu lebih mudah sebenarnya daripada membuang segala memori dan kenangan sewaktu bersama, kerana apabila seseorang atau sesuatu itu pergi…yang tinggal pada kita hanyalah kenangan…yer, masa membekukan itu sahaja buat kita “
No comments:
Post a Comment