menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, July 9, 2011

aduhai jiwa yang sedang berduka lara...



Sedarilah, kamu pasti mempunyai kekuatan untuk melupakan dia. Pasti tersembunyi perasaan untuk mrndapatkan kekuatan dan semangat yang kuat dalam diri kita. InsyaAllah, selamilah hati anda di sertai dengan Iman dan Taqwa kepada ALLAH. Tidak perlu dirisau kerana setiap manusia yang hidup didunia ini dijadikan berpasang – pasangan.Pasti ada seseorang untuk di jadi kan teman hidup. Fitrah manusia untuk ingin mempunyai teman. Sedang kan Adam alaihis salam juga kesunyian dan perlukan seorang teman. Lalu diambil lambung rusuk kiri nya untuk dijadikan pasangan hidup nya iaitu Hawa.  

Cintailah sebenar – benarnya sepenuh nya kekasih mu, sahabat – sahabat mu, lunaskan lah tanggungjawab senagai seorang kekasih dan sahabat…Tetapi tetapkan lah hati mu pada yang SATU iaitu ALLAH subhanallah Taala. Itulah hak yang sebenarnya. Ketaatan dan ingatanmu di mulakan dengan ingatan niat kepada ALLAH.

Beginilah, definasi perpisahan sebenarnya memberi makna bahawa ia sudah tidak mungkin bersama kita ataupun perpisahan yang InsyaAllah pasti akan berjumpa semula. Bila di amati, setiap insane pasti akan berlakunya perpisahan iaitu perpisahan yang kekal. Sudah pasti ia tidah dapat di elak dan di tangguh. Persoalan : Sudah kan kita bersedia untuk menghadapi perpisahan yang kekal untuk selama – lamanya? Jawapan : Tepuk dada Tanya IMAN. Pastikan kamu bersedia. Bagi yang hidup teruskan lah hidupmu dengan mencari keredhaan kepada ALLAH.

Jangan kerana berpisah dengan manusia yang kita sayang sehinggakan kita lupa kepada kasih sayang yang TERUTAMA iaitu ALLAH. ALLAH lebih berhak untuk diingati dan menangislah keranaNYA dan jangan lupakan ALLAH.

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu sahaja… tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang…




memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar bhawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TRBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengigatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mangalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kera cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin smpai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapai lah keredaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA…


No comments:

Post a Comment