menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, July 9, 2011

belajar untuk menerima keadaan...




Ader kalanya, mungkin jauh lebih baik saya belajar untuk menerima aper yang terjadi pada diri saya, daripada saya terus mempertanyakan “Mengapa? Mengapa? dan Mengapa?”

Seseorang yang sudah biasa menerima segala sesuatu yang terjadi pada dirinya jauh lebih menghargai hidup nie. Kerana apabila saya terus menerus berpikir mengenai aper yang sudah saya lakukan, aper yang sudah saya korbankan, maka selamanya saya hanya akan berada dalam keadaan keraguan tersebut. Ader kah saya ingin hidup saya selalu berada dalam bayangan tersebut, atau saya mengimpikan sebuah kehidupan yang jauh lebih cerah dan bererti? Semua nya terletak pada diri saya sendiri. Pilihan seperti aper yang akan saya jalani, tentunya sangat mempengaruhi kehidupan saya di masa depan saya.

Menerima keadaan tidak bererti saya kalah ataupun mengalah. Tapi kerana, saya sedar bahawa hidup nie jauh lebih indah daripada aper yang saya banyang kan. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk menjadik pendengar yang baik, pemberi pendapat yang baik dan cuba untuk belajar sesuatu yang baru dari orang lain. Ini mungkin lebih baik, daripada saya hanya menegakkan pemikiran saya sendiri saje, kerana aper yang pada saya baik, belum tentu menurut orang lain baik jugak.

“Seseorang yang selalu menerima dengan ikhlas dan redha dengan aper yang sudah terjadik pada dirinya, baik yang positif ataupun yang negatif, akan mendapat sebuah pelajaran hidup. Mungkin di balik itu semua, ader hikmah yang tersimpan.  Jangan pernah merasa diri kita lemah ataupun kalah, apabila kita berhadapan dengan sebuah permasalahan ataupun perpisahan, meski pun ianya sangat rumit kerana kita harus selalu dan selalu boleh belajar untuk menerima keadaan yang ader”



“Ikhlas untuk menerima jauh lebih baik untuk ketenangan hati dan pikiran saya”


No comments:

Post a Comment