kalaulah prinsip Kepercayaan Kepada Pasangan ini di letakkan dalam Rukunegara, mesti tak ramai orang yang cerai-berai…tak pun, di letakkan dalam Syarat Sah Nikah, mesti ramai orang akan mendapat keberkatan dalam perkahwinan…ooohh, mungkin jugak baik di letakkan dalam Love Lesson 101, confirm semua orang akan bercinta dengan hati yang tenang dan bahagia…hati sentiasa berbunga-bunga dan bibir sentiasa senyum, manis jer nampak…
semua orang pernah bercinta dan semua orang akan bercinta…tue dh semesti nya kan…
tetapi, yang selalu menjadi permasalahan bagi seseorang yang bercinta ialah…
kesukaran melupakan cinta pertama, kekasih lama dan peristiwa lalu yang menggugat kepercayaan kepada diri dan pasangan…sekaligus, ia menyebabkan hubungan penuh dengan syak wasangka tanpa sebab yang jelas…tak percaya?...pecaya lah, sbb nie berdasar kan dari pengalaman kawan kawan yang rapat dengan saya…
aper pun yang terjadik, dalam sesuatu perhubungan tue mesti kena ader matlamat yang jelas dan pasti…
Berfikiran positif dalam halatuju perhubungan
chill, cool dan rileks…jadik kan perhubungan bukan sebagai suatu beban, elakkan dari berfikiran was-was…kerana was-was itu akan menyebabkan perpecahan…
Rangka masa depan dengan lebih komited
elakkan dari bercerita perkara lama…yang lepas itu, lepaslah…yang baru nie perlu di focus kan…setiap pasangan tue perlu lebih banyak bincangkan hal masa depan yang hendak di rangka dan di tempuhi bersama…
Berterus-terang dalam hal yang memerlukan kefahaman kedua belah pihak
nie paling penting…luahkan dan selami lah antara kedua-dua pasangan…jika ader satu perkara rahsia yang perlu di beritahu, jadik kan ia sebagai objek untuk menjernihkan…bukannya sebagai objek untuk mencari kesalahan…
tapi, bagaimana pulak dengan kes kesukaran melupakan kekasih lama atau cinta pertama…
yang nie saya tk bape nk tau sgt, sbb saya senang jer nk lupe kn kisah lepas saya sbb si dia curang dengan saya dan si dia ader gurlz len…bagi saya, tk de gune nya saya nngis d sbb kn itu, si dia tk layak dpt pape dari saya walau pun sekadar airmata saya…tue bagi saya lah…tp, nie adalah pandangan ikhlas dari saya…baiklah, manusia di anugerahkan memori…kita tidak boleh memadamkan memori…kita tidak boleh mengubah ingatan seseorang…tetapi, kita berupaya untuk memberi harapan, di mana ia boleh membuat memori tue di lupakan dalam tempoh tertentu…
yer, harapan…suatu terma baru yang agak unik…jika ia di susuli dengan kepercayaan, hubungan sesuatu pasangan itu lebih terikat dengan kuat dan sukar di pisahkan…hal yang sedemikian, harapan dan kepercayaan merupakan suatu cara yang di guna pakai oleh Tuhan Yang Maha Esa dalam mengawal manusia…jadik, mengapa tidak kita menggunakan ilmu Allah berkaitan harapan dan kepercayaan terhadap manusia untuk mengawal perhubungan?...
sekarang, sudahkah kita nampak bagaimana cara untuk percaya kepada pasangan kita?...

No comments:
Post a Comment