menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, July 9, 2011

saya menerima kekurangan diri...

                                                


Tidak ada manusia yang sempurna, hanya ada manusia yang merasa sempurna dan ingin terlihat sempurna. Ungkapan ini begitu bermakna untuk menyedarkan tentang kekurangan diri. Kelebihan dan kekurangan merupakan dua sisi dalam fitrah kemanusiaan yang saling melengkapi. Tapi , sll jer manusia tidak dapat menerima kekurangan diri sendiri dan tidak mau memahami kekurangan orang lain. Kekurangan lebih sering di rasai dengan perasaan dan fikiran negatif, sehingga banyak orang yang membenci kekurangan diri dan menganggap kesempurnaan sebagai faktor penting untuk mencapai kebahagiaan.

Menerima kekurangan, memang tidak mudah. Bagi saya adalah lebih mudah tuntuk menuliskannya daripada melakukannya Akan tetapi, proses belajar itu tidak boleh berhenti kerana tanpa belajar, manusia tidak akan tahu dan tidak akan mampu melakukan, serta mencapai sesuatu. Belajar merupakan proses berupaya untuk dapat memahami dan menerima, termasuk belajar menerima kekurangan diri. Lalu bagaimana caranya? Saya pun masih belajar dan mencuba meluahkan daripada tulisan nie.

Kelebihan merupakan anugerah yang akan mengisi dan melengkapi kekurangan. Bermuhasabah akan senantiasa menumbuhkan kesedaran diri bahawa sejak awal di lahir kan pun manusia tidak memiliki apa-apa.
Dalam syukur itu ada kesabaran. Untuk saya menerima kekurangan, perlu ader kesabaran dan pengertian. Kesabaran bererti ketulusan dalam berupaya dan berserah diri. Diri sendiri dan orang-orang yang saya sayangi tidak selalu mampu bersama - sama dengan keinginan dan tidak selalu dapat menyenangkan hati satu sama lain. Kekurangan diri tidak mungkin selalu dapat ditutupi dengan terus menonjolkan kelebihan diri. Saya terbatas dalam kemampuan dan tiada batas dalam keinginan, sehingga diperlukan pengertian dan kesabaran untuk memahami semua itu. Saya berhak untuk berubah, serta memperbaiki kekurangan diri sendiri dan orang lain, tetapi saya juga harus ingat untuk memaksimakan kelebihan yang saya ader. Jangan sampai waktu dan energi terfokus untuk menutupi kekurangan, sehingga saya lupa bahawa saya punya keistimewaan yang berguna. Pengertian bererti saya harus menerima seadanya, kelebihan dan kekurangan diri saya dan orang lain tanpa memaksakan kehendak untuk mengubahnya, apatah lagi demi orang yang tidak mau belajar menerima kekurangan diri saya.

Pengertian akan bergerak seiring dengan rasa menghargai. Menghargai diri sendiri dan orang lain merupakan pengakuan bahawa ader banyak manfaat yang berkualiti untuk membuat diri saya berguna, serta masih banyak orang lain yang melebihi saya dalam segala hal. Penghargaan yang tulus merupakan wujud penerimaan dan syukur atas apapun keadaan diri, sehingga saya dapat bersikap bijaksana, tidak merasa inferior dengan kekurangan diri, tidak underestimate terhadap kekurangan orang lain dan tidak dengki atas kelebihan orang lain.

Pengertian dan penghargaan saya atas diri sendiri dan orang lain mampu membuat kan saya menyedari hakikat kemanusiaan saya yakni selalu memerlukan orang lain. Sebagai makhluk yang mempunyai akal, saya perlu menghindar kan dari memerluakn berinteraksi dan selari dengan orang lain di sekeliling saya. Hidup itu untuk saling mengisi dan melengkapi kerana saya tidak akan mampu hidup sendiri. Kekurangan yang saya miliki mampu dilengkapi dengan kelebihan orang lain, dan kelebihan yang saya punya dapat mengisi kekurangan orang lain. Dalam hubungan dengan pasangan, kesedaran akan saling memerlukan untuk memahami dan menghargai kekurangan dan kelebihan masing-masing.



No comments:

Post a Comment