menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, July 9, 2011

cemburu itu bahaya, topik yang paling saya suka...



Cemburu menjadi kan sesiapa rasa istimewa. Cemburu bagai kan garam dalam masakan, sedikit menambah rasa, banyak merosakkan selera dan pengambilan yang terlalu banyak boleh meragut nyawa.

Setiap jiwa bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih di ambil orang atau rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah.

Tidak salah berperasaan cemburu, namun tahap cmburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak rimas dan bosan.

Bagaimanakah situasi cemburu yang sesuaidan bagaimana pula cemburu itu akan menakutkan pasangan ?

Setiap pasangan bercinta pasti tidak akan suka jika teman nya begitu mesra atau memberi tumpuan lebih kepada individu yang rapat dengan nya dan cemburu itu memang sesuai. Tetapi jika cemburu kerana pasangan berbaik dengan rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu tidak bertempat.

Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan individu lain selepas waktu kerja, cemburu itu kena pada tempat nyatetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.

Cemburu menbuat hati penuh prasangka. Banyak andaian tidak tepat dan jika ini sering berlaku, pasangan akan jadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita. Perhubungan juga jadi huru – hara dengan pertengkaran.

Untuk mengatasi cemburu yang tidak berasas, gunakan fikiran untuk mengawal emosi, bukan sebaliknya.

Apabila dirasuk rasa cemburu, berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan ? Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu.

Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu. Bukan sahaja anda dapat atasi rasa cemburu, malah pasangan akan lebih menyayangi kerana anda memahami.

Seandainya si dia memang menipu, sekurang – kurang nya, anda sudah mempercayainya dan biar lah masa dan keadaan yang menentukan.

Cemburu memang bahaya dalam perhubungan. Berikut petua yang mungkin boleh dijadikan panduan :

·         Betul kan semula niat
                             
Pertama, perbetulkan niat. Mengapa anda bercinta ? Segala yang dilakukan harus ada niat, malah amalan yang disertai bersama niat, insya – Allah ada ganjarannya.

Begitu juga dalam bercinta. Perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya adalah Tuhan, anda tidak akan berasa sedih. Malah, jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.

·         Kekasih itu bukan milik kita

Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru, isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita.

Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik. Justeru, anda akan mula belajar erti redha.

·         Dekatkan pada Maha Pencipta
                              
Ramai yang hilang arah apabila cemburu dating, begitu juga apabila putus cinta. Dalam bercinta, jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dias umber kekuatan kita lantas rasa cemburu, gundah, iri, gelisah dan segala macam rasa tidak tenang akan hilang.


No comments:

Post a Comment