menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, July 26, 2011

nak jadi hebat tak perlu jadi orang lain...



saya sekadar mahu berkongsi cerita nie dengan kawan – kawan…cerita yang pernah diceritakan kepada saya semasa saya menuntut di universiti dulu…diceritakan oleh salah seorang pensyarah saya…

diceritakan dalam satu kisah, ader seorang lelaki yang bekerja sebagai pemecah batu di sebuah bukit…pada suatu hari, lelaki ini termenung mengenangkan nasib diri yang dirasakan malang…dier terpandang matahari, lalu dier berkata…

” kalau jadik matahari kan best, besar, kuat dan boleh bakar siapa yang dier nak bakar…”

tiba-tiba datanglah awan menutup sebahagian matahari itu…lalu lelaki itu berkata…

” bestnya kalau boleh jadik awan, awan mampu tutup matahari yang saya kata kuat tadi…”

lelaki tadi terus memerhati si awan tadi…apabila melalui kawasan berbukit, awan tersebut melanggar bukit lalu bentuknya berubah menjadik kecil-kecil…lalu lelaki itu berkata…selang beberapa minit, lelaki tadi tersedar…

” ehhhh, saya lagi ler hebat sebab saya mampu memecahkan batu di bukit yang saya kata hebat tadi…”

tamatlah cerita ini dan kesimpulan daripada kisah ini, boleh diambil satu pengajaran iaitu…

” nak jadik hebat tak perlu jadik orang lain!!! jadik lah diri sendiri…”

“ daripada kisah nie, dapat saya simpulkan bahawa,kalau kita nk jadik hebat…jadik lah diri sendiri, tak perlu jadik orang lain…andaikata itu terjadik, maka kita hanya lah melihat bayangan orang itu sahaja didalam diri kita…dan bukan nya diri kita yang sebenar nya…”


No comments:

Post a Comment