menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, July 27, 2011

masih adakah yang tidak mempunyai masalah dan cerita dalam hidup...


citarasa…
ceritadunia-amyza adalah sebuah tempat di mana saya menulis segala macam benda mengenai hidup saya dan manusia di sekeliling saya…sebab itu ia dipanggil ceritadunia-amyza…mungkin tidak terus datang dari ceritadunia-amyza, tetapi masih di kawasan lingkungan diri saya…

masalah dan cerita…
ader orang mempunyai masalah dan dipendamkan…memilih manusia tertentu untuk meluahkan, berkongsi cerita suka dan duka…seorang kawan baik pernah menyatakan pada saya begini…

"jujurnya kamu seorang yang baik…seorang yang suka memendam rasa, sentiasa mahu gembirakan hati orang lain walaupun tiada siapa yang jaga hati kamu…kamu nak ibu terutama sekali keluarga kamu gembira, dan kalau kamu tak suka dengan seseorang sekalipun, kamu tetap akan buat baik dengan nya dan simpan perasaan marah itu dalam-dalam…"


saya lebih suka pendam perasaan sendiri…
saya suka menulis sebagai satu bentuk perkongsian kerana saya percaya, di luar sana, masih ramai yang mempunyai masalah tersendiri dan mencari ruang untuk berkongsi…saya suka meluah kan perasaan saya melalui tulisan kerana sekurang – kurang nya saya tidak menyakit kan hati sesiapa…bukan mudah untuk mencari seseorang yang sedia menjadik telinga untuk saya…
tapi, itu semua dulu…

sekarang saya sudah ader dier…
dier ler tempat untuk saya luah kan segala nya…
pahit manis hidup saya, hanya dier yang tahu…
menjadik telinga, penasihat dan pendamai hati buat saya…
terima kasih sayang…

sekurang-kurangnya, itu aper yang saya rasa…
tidak, saya bukan marah sesiapa…
saya gembira sebenarnya…
kerana saya punya tempat meluahkan bicara…

“ melalui suatu proses mematangkan diri sejak mula serius dalam menjalinkan hubungan dengan kamu…kamu telah banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar semenjak saya bersama kamu…”

No comments:

Post a Comment