menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, July 9, 2011

meminta maaf bukan satu kelemahan...


Saya yakin, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk meminta maaf…tak kiralah minta maaf kepada sesiapa sahaja yang kita ase kite buat salah…mungkin cara yang paling mudah untuk meminta maaf adalah dengan hanya menghantar SMS…kalau nak cara yang lebih 'gentle or smart' sikit, adalah dengan bersemuka 'face to face' dan cakap 'direct' saja nak minta maaf…tapi kalau nak minta maaf dan mengakui kesalahan dengan cara 'direct' nie, tentu kita akan rasa malukan…

Okey lah, saya senaraikan beberapa cara yang berguna untuk sesiapa yang agak sukar untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan sendiri…(nie pandangan saya sendiri jer tau)

nie adalah antara nya…

·         fikirkan aper yang telah berlaku dan perbuatan aper yang mahu dimaafkan…
·         tuliskan perkara tersebut, ini akan membantu mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan…
·         berlatih perkara aper yang hendak di cakapkan sehingga merasa selesa dengannya…
·         nyatakan dengan jelas perbuatan yang mahukan dimaafkan…
·         mengakui perbuatan tanpa mengemukakan sebarang alasan…
·         berkongsi perasaan mengenai aper yang telah terjadi, elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia…
·         mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri…
·         tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai…
·         teruskan kehidupan apabila telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu…

Sekadar peringatan kepada diri sendiri…

#              fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri…
#              ikhlas…meminta maaf terhadap perkara-perkara yang benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya…jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana…
#              beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa meminta maaf…





No comments:

Post a Comment