menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, July 24, 2011

kalau kamu tak percaya pada pasangan kamu...jangan ada laman sosial...



salam untuk semua pembaca dan pengemar blog…
nape ntah arini tetiba jer ase mcm nk berkongsi dengan sume pasal tajuk nie…cerita yang selalu sangat saya dengan dari kawan - kawan…

  • “aku dah putus ler dengan c dier, sbb dier ader gurlz len…aku tau pun sbb aku tgk dari akaun fb dier"...
  • “menyampah nya aku, ader ati nk ngorat pakwe aku dalam fb”… 
  • gatal nya pakwe aku nie, asyik mengayat gurlz jer dlm twitter”… 
  • “aku ader terbaca comment sowang gurlz nie di blog pakwe aku, gedik nya dier"...
dan mcm mcm lagi ler yang saya dengar dari kawan – kawan…sume nya asyik bercerita mengenai benda yang same…mcm dh jadik trend plak sekarang nie…

laman sosial…

setiap hari pengguna laman sosial meningkat dengan pantasnya dan kebanyakan manusia yang saya kenali menggunakan lama sosial mengikut kemudahan dan kesukaan masing-masing…

laman sosial jugak mencatatkan peningkatan punca hubungan terlerai apabila salah diguna pakai…ini direkodkan dan ader dicatatkan dalam media massa dan jugak elektronik…saya terlupa bila tetapi hujung tahun lepas dan awal tahun ini, ia menjadi catatan yang kononnya perlu diingati oleh semua orang…amat menakut kan bukan…
ader benarnya perkara itu…

cuba fikir kan dalam-dalam sampai mata jadik biru…
kelabu???...


disebabkan mempunyai pengalaman daripada kawan – kawan yang banyak bercerita mengenai nya kepada saya…(yang pastinya ader baik dan buruk dalam hubungan serta laman sosial)…saya tidak terkejut apabila seorang kawan mengadu betapa hubungan dier semakin hari semakin keliru dan celaru serta dihiasi bunga dan duri cemburu apabila laman sosial menjadik tempat dier mengintai pemilik taman hati yang kononnya sebuah pasu…

facebook atau mukabuku…

aper yang cuba di sembunyikan kadangkala akan terbuka tanpa sengaja apabila ader pihak lain yang tidak tahu aper - aper menandakan dengan perkara yang pada seseorang sesuatu yang rahsia…contohnya, gambar seseorang dengan sesiapa yang pada zahirnya seseorang tidak mahu dilihat oleh pasangan yang mungkin akan cemburu buta…benda begini kadangkala kita tidak dapat kekang daripada terjadinya…
twitter…

buah hati yang sering menjadik pengarang jantung hati, sekali gus menjadik pujaan hati setiap masa…luluh hati bila mendapat tahu orang yang paling di sayangi mempunyai kekasih hati lain…tambah tambah pula, berita tue dapat tau dari laman sesawang twitter…pasangan berkicau dengan sesiapa sahaja sehingga tidak menyedari pasangan sedang makan hati…ahhhh, bukankah ia boleh dibaca oleh sesiapa sahaja (kecuali pasangan menjadi akaun itu sebagai rahsia peribadi dan meletakkan kunci privasi - macamlah tiada cara benda ini akan dapat dibaca juga kan???...)

senyum…
hidup ditentukan oleh diri sendiri…
kalau boleh menjerit tanpa ader siapa yang peduli sekalipun, itu tetap kehidupan yang perlu dijalani…
itu udara yang perlu di hirup setiap hari…
ttu tenaga yang di gunakan untuk kekal berdiri…
berjalan atau berlari…
senyum sekali…
ketawa lagi…



kalau rasa tak kuat dan tak mampu tanggung lihat laman sosial pasangan, jangan tengok…itu sahaja yang boleh katakan…

dan yang punya laman sosial, peringatan buat diri sendiri dan kawan - kawan jugak, janganlah sampai menimbulkan rasa kurang senang pihak tertentu…biarlah benda itu menjadik talian penghubung jika jauh (atau dekat sekalipun)…bukanlah ia menjadik penyebab dan penambah statistik bilangan benda negatif untuk tahun dua kosong satu satu yang sudah nak sampai penghujung nie...

“ nie sekadar berkongsi cerita untuk kawan – kawan dan cerita dari kawan – kawan “




No comments:

Post a Comment