menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, July 9, 2011

may allah bless...

                  
                                                       Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Kita mestilah mempercayai kekasih kita dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih kita.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya kita pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya kita memberikan si Dia kepercayaan kita. Ianya tidak salah bukan? Ini sekadar pandangan dan pendapat dari sy.

Saling Memahami 

Fahami diri kekasih kita. Sekiranya kita mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab "tak nak", "tak mahu", biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

Bertolak Ansur

Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, kita haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego kita. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, kitalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

Kejujuran

Kita, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan kita, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa kita, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Kesetiaan

Apabila kita berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang kita perlu jaga. Janganlah kita mencari pengganti bagi si Dia ketika kita berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada kita dan sekiranya kita menduakan si Dia, kita telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang kita pernah kata-katakan ucapan cinta.
Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi "ditinggalkan". Adakah kita akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya kita akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan kita.

                   



 
                                           

No comments:

Post a Comment